Pembukaan Rasmi
Naturally Plus Malaysia & Pembukaan Percubaan 2009 di Kuala Lumpur
Selamat Datang daripada
Naturally Plus Malaysia Sdn. Bhd.
Pada acara Dash 2009 di Taiwan, Pengerusi Eksekutif Asia Pasifik, Encik Takaaki Nagoshi telah mengumumkan berita baik bahawa Naturally Plus Malaysia akan dibuka secara rasminya pada 11 Disember, 2009. Bermula daripada negara Jepun dan berkembang ke seluruh pelusuk dunia, Naturally Plus telah menjadi syarikat antarabangsa yang berkualiti dan berkembang teguh ke hadapan dengan stabilnya. Dengan perkembangan terbaru di Malaysia ini membuktikan bahawa Naturally Plus telah berkembang pesat.
Sejak pembukaan rasmi Naturally Plus Singapore pada tahun 2008, jumlah pendapatan telah meingkat dengan banyak. Oleh yang demikian ahli-ahli di Malaysia berharap Naturally Plus Malaysia akan memulakan operasinya dengan keadaan segera supaya dapat membantu ahli-ahli dari Malaysia untuk membuat penjualan. Naturally Plus telah mendengar harapan ahli-ahli Malaysia ini lalu membuat keputusan untuk membantu ahli-ahli secepat mungkin.
Walau bagaimana pun, prosedur untuk membuka syarikat di Malaysia memerlukan masa yang lebih lama dan ini telah membuatkan ahli-ahli tertunggu-tunggu. Tetapi sekarang, Naturally Plus telah mendapat izin dengan jayanya iaitu lesen beroperasi di Malaysia dan persiapan telah dibuat dengan segera.
Pejabat urusan untuk syarikat kami di Malaysia telah berjaya disiapkan tepat pada waktunya dan masih ada banyak bahagian yang memerlukan peningkatan. Oleh itu sekiranya kekurangan ini menyusahkan, diharap ahli-ahli dapat bersabar kerana matlamat kami yang utama dan tidak pernah bertukar adalah untuk menyediakan tempat yang kondusif kepada ahli-ahli untuk mengembangkan perniagaan mereka dan kami akan lakukan yang terbaik demi memberi sokongan yang pada kepada mereka yang sentiasa menyokong kami.






