PEMBUKAAN RASMI NATURALLY PLUS MALAYSIA DAN FESTIVAL PEMBUKAAN PERCUBAAN.

Pembukaan Rasmi
Naturally Plus Malaysia & Pembukaan Percubaan 2009 di Kuala Lumpur

Welcome to Malaysia!

Salam Sejahtera

Salam Sejahtera

Naturally Plus (NP) Asia Tenggara yang bertempat di Malaysia telah beroperasi secara rasminya pada 11 Disember yang lalu. Acara Pembukaan yang terkemuka ini telah berlangsung di ibupejabat yang terletak di ibunegara Malaysia, Kuala Lumpur. Kawasan ibupejabat ini telah dipenuhi oleh ahli-ahli Naturally Plus dari seluruh pelusuk dunia yang datang dengan penuh semangat untuk meraikan pembukaan Naturally Plus di Malaysia ini.

Pada pembukaan tersebut, President Asia, Encik Nagoshi diiringi dengan penari-penari yang memakai pakaian tradisional Melayu mara ke tempat upacara yang dijalankan. Semua orang terpegun melihat upacara yang dilangsungkan dengan kehebatan para penari yang mencuit hati.

Salam Sejahtera

Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang mempunyai iklim Khatulistiwa dan keghairahan penduduknya telah membuat Presiden Nagoshi terpegun. Beliau meminta kerjasama NP Malaysia untuk menyebarkan informasi supaya orang ramai berpeluang untuk menyertai bersama-sama kami. Dengan tepukan yang gemuruh, Presiden Nagoshi, Encik Iwasa (Pengurus Besar NP Malaysia), Encik Matsunobu (Pengurus Besar NP Taiwan) dan Encik Kawate (Pengurus Besar NP Singapore) memotong riben bersama untuk merasmikan pembukaan NP Malaysia dan disaksikan oleh ahli-ahli NP.

Tarian Singa & Pengambilan Untung

Tarian Singa & Pengambilan Untung

Sejurus selepas upacara pemotongan riben, Tarian Singa telah dipersembahkan dengan disertai oleh bunyi dram yang kuat. Tarian yang melucukan itu telah membuat para pengunjung terhibur. Semasa pembalingan buah oren (menunjukkan kekayaan di dalam tradisi masyarakat Cina), semua orang menghulurkan tangan untuk mendapat keuntungannya. Pada akhir persembahan, kedua-dua penari singa telah memberi salam tahniah dan hadiah kepada Presiden Nagoshi.

Untuk memberi dorongan motivasi kepada para ahli, Encik Iwasa (Pengurus Besar NP Malaysia) dengan sendirinya memperkenalkan pelbagai barangan jualan promosi, iaitu lencana (edisi terhad), buku perancangan, topi dan lain-lain. Semua barangan ini adalah berharga untuk mengaplikasikannya di dalam urusan perniagaan. Beliau juga telah membuat satu pengumuman, iaitu sesiapa di antara para ahli yang dapat melengkapi ‘full cycle’ sebelum Disember, 2009 akan diberi topi NP Malaysia sebagai hadiah.(hanya untuk NP Malaysia) Kempen ini adalah untuk menyuntik semangat kepada ahli-ahli NP.

Prestasi yang berterusan, bersama-sama ke arah kekuatan jualan.

Prestasi yang berterusan, bersama-sama ke arah kekuatan jualan.

Pada pelancaran pembukaan ini, NP Malaysia telah menyediakan persembahan dari pelbagai kaum di Malaysia. Selain daripada Tarian Singa, para penari yang anggun dengan memakai pakaian tradisi telah menunjukkan persembahan tarian yang mempamerkan keunikan pelbagai kaum Malaysia, iaitu India, Cina dan Melayu. Persembahan ini telah menarik perhatian para pengunjung.

Pada akhir perayaan, para pengunjung telah dipersembahkan dengan acara pembukaan tradisi Jepun yang mendoakan kesejahteraan perniagaan. Sebuah dram dipenuhi dengan minuman tradisi Jepun, Sake telah dipecahkan oleh Presiden Nagoshi, bersama Pengarah Urusan Shimoda dan Pengurus Besar Iwasa dengan menggunakan pemukul kayu. Simbol upacara Jepun ini adalah untuk NP Malaysia mencapai matlamat yang tinggi di dalam Jualan. Kedengaran tepukan gemuruh daripada para pengunjung yang datang berpusu-pusu ke arah dram Sake untuk berkongsi minuman dan memberi ucapan tahniah sesama sendiri.

Dengan berakhirnya pembukaan rasmi NP Malaysia, para pekerja dengan pantasnya menyusun kembali salon kepada asal untuk memudahkan para ahli memulakan operasi bisnes mereka. Dengan perbincangan dan pengharapan yang berterusan, marilah kita bersama-sama percaya akan potensi Malaysia dan bergerak maju ke hadapan.