PEMBUKAAN RASMI NATURALLY PLUS MALAYSIA DAN FESTIVAL PEMBUKAAN PERCUBAAN.

Pembukaan Rasmi
Naturally Plus Malaysia & Pembukaan Percubaan 2009 di Kuala Lumpur

Selamat Datang ke Malaysia!
Pengenalan Pusat Servis di Malaysia.

Pengenalan Pusat Servis di Malaysia.

Ruang luas dengan peralatan yang lengkap.

Ruang luas dengan peralatan yang lengkap.

Kuala Lumpur adalah ibunegara Malaysia yang penting sebagai bandar raya komersil di dalam dunia. Naturally Plus telah bercadang untuk berpindah ke bandar raya komersil yang terkaya ini. Di dalam bangunan empat tingkat di mana pusat servis ini terletak mempunyai 300 pin, sangat luas dan selesa. Di sini mempunyai 2 bilik seminar yang boleh memuatkan seramai 100 orang dan 3 bilik mesyuarat yang bersaiz bilik VIP. Ada beraneka jenis ruangan saiz. Kami percaya dengan kelengkapan ini dapat sedikit sebanyak membantu para ahli.

Di dalam bangunan yang sama juga terdapat kemudahan-kemudahan seperti kedai minum serta panggung wayang yang sesuai untuk kehidupan seharian. Bangunan penanda yang terkemuka seperti Menara Berkembar KLCC & Menara Kuala Lumpur juga terletak berdekatan. Dengan kemudahan pengangkutan, populasi yang ramai serta aktiviti perniagaan yang hebat, tempat ini adalah yang paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan Naturally Plus.

Selepas pembukaan percubaan pada 11 Disember, 2009, pendapatan jualan Naturally Plus Malaysia adalah konsisten di tahap yang tinggi. Ahli-ahli tidak pernah berhenti mengunjungi pusat servis di sini yang sentiasa sibuk.

Populariti bertambah dan orang berkunjung tanpa HENTI….

Naturally Plus MalaysiaDua bilik seminar yang disediakan di Naturally Plus Malaysia sentiasa dipenuhi dengan tempahan yang tidak henti-henti daripada awal pembukaan sehingga sekarang kerana terlampau ramai ahli-ahli yang ingin menggunakan kemudahan yang disediakan ini. Di sini sahaja kami dapat melihat keghairahan serta tenaga yang dipunyai oleh rakyat Malaysia.

Sahabat-sahabat baru yang berminat untuk mengenali produk dan syarikat datang dari seluruh pelusuk tanahair setiap hari. Semua orang bersama-sama menghadiri seminar secara aktif walaupun di dalam keadaan yang panas dan tiada tempat duduk. Oleh yang demikian, kami berharap agar ahli-ahli yang ingin datang ke pusat servis ini dapat datang di pagi hari di mana semasa ini tidak begitu sesak di pusat servis ini. Dengan berbuat sedemikian, mereka dapat mendengar informasi yang lengkap dengan selesa.